twitter
rss

Mencipta Minat Kepada Perakaunan



Adakah anda dipaksa belajar Perakaunan? Anda berasa subjek ini susah??

Ops, nanti dulu!
Anda sebenarnya tidak rugi, tidak dibebankan, malah sebaliknya!!

Anda adalah golongan yang dirasakan bijak dan mampu menguasai subjek susah. Saya pasti anda tahu kemampuan anda itu. Ya anda sememangnya mempunyai kemahiran belajar, atau daya ingatan yang kuat, atau penumpuan yang tinggi, atau kesemuanya sekali. 

Mana ada budak yang sejak lahir dah tahu bagaimana menunggang basikal?


Semuanya melalui proses pembelajaran yang berterusan, tetapi bermula dengan keberanian dan kerelaan. Kebanyakan kanak-kanak yang kini mahir berbasikal dahulunya dipaksa oleh ibu bapa mereka untuk mencuba. Ada yang berani ada yang penakut. Itu sudah lumrah alam. Percubaan pertama jatuh, tak dapat imbangkan diri. Nak quit? Tak boleh, ibu bapa yang prihatin akan merangsang anaknya untuk terus mencuba. Lama-kelamaan akan bertambah pandai. Kisah selanjutnya, anda dah boleh agak dah.


Sama seperti belajar Perakaunan, sememangnya dipaksa diperingkat awal. Tapi jangan jadikan ia alasan tak nak belajar. Pensyarah menawarkan kepada anda pengalaman yang berguna. Tak faham, nanti guru marah. Laa, memanglah tak faham, dah inilah pertama kali pelajar akan belajar PAK. Tak pernah kita ajar belajar sejak dari Tingkatan Satu. Inilah pertama kali, so kalau tak faham tu perkara biasa. 

Jadi macam mana nak atasi perasaan dipaksa? Cipta MINAT awak.


M=Main peranan I=Intelek N=Nasihat A=Akur T=Teknik
  1. Main peranan sebagai pelajar baik, jujur dan sopan santun. Belajar dan patuhi ajaran dan nasihat guru seperti juga anda belajar subjek lain. Lupakan perasaan dipaksa.
  2. Intelek awak adalah kunci kejayaan subjek ini, insyaallah. Gunakan kepandaian awak, bukannya perasaan amarah awak. Anggap saya intelek anda perlu dikembangkan dan dicabar dari semasa ke semasa.
  3. Nasihat dicari dari guru-guru pakar seperti guru kaunseling, guru mengajar dan ibu bapa sendiri, terutama kaitannya dengan kerjaya masa depan. Tahu tak, perakaunan adalah salah satu bidang profesional tertua di dunia?
  4. Akur kepada disiplin dalam perakaunan. Teknik mudah catatan bergu adalah disiplin. Catatan debit dan kredit adalah disiplin. Semuanya peraturan yang dipakai di seluruh dunia, lebih baik jangan dibantah. Ajar diri supaya akur kepada ketetapan ini, selebihnya menjadi lebih mudah dan menjadi logik.
  5. Teknik belajar yang betul hendaklah diteruskan, dan mungkin dengan sedikit pengubahsuaian yang perlu. Ingat cara dan tempoh masa belajar Ekonomi tak akan sama seperti cara dan tempoh masa belajar Matematik. Juga tidak akan sama seperti cara dan tempoh masa belajar bagi subjek  Perakaunan ini. 


Last sekali, minat sebenar awak, rangsangkan dengan pelbagai cara yang boleh, sama ada melalui pergaulan sihat dengan guru mengajar dan rakan sebaya yang juga ‘enjoy’ belajar Perakaunan. 

Kesimpulannya, cipta minat untuk belajar Perakaunan. Awak takkan kerugian mempelajarinya. Minat adalah pemula kepada keseronokan belajar dan satu dari langkah mencipta kecemerlangan akademik buat diri anda sendiri. Minat umpama gula di dalam minuman. Tanpa gula, manalah manisnya sirap ros di atas meja anda itu. Jika anda tidak mahu rugi seperti sifu sebut sebelum ini, jangan biarkan anda ‘dipaksa’, jadikan anda pelajar ‘berminat’ dan cemerlang!
I know you can do it!
#credit to Sifu
__________________________________________________________

KUNCI KEJAYAAN



Kunci kejayaan yang paling penting ialah kamu PERCAYA yang kamu akan berjaya...

Bayangkan dan gambarkan kejayaan itu di dalam minda...
Mengatakan diri kamu gagal, kamu telah bertindak zalim pada diri sendiri..

Mulai hari ini...CIPTA KEJAYAAN DALAM MINDA!!
Selamat mencuba! (^_^)
_____________________________________________________________________________